Jumaat, 27 Februari 2009

Segalanya terdapat diUptown Shah Alam

Jika anda berkunjung di uptown Shah alam (syeksen 24) anda boleh berjalan-jalan dalam suasana santai. Di sini terdapat lebihkurang 390 buah gerai menjual pelbagai barangan.Terdapat gerai menjual pelbagai aksesori wanita dan lelaki contohnya barangan silver (perak) , alat kosmetik , minyak wangi, pakaian lelaki dan wanita (seluar jeans pelbagai jenama), pakaian bundle,baju kurung, baju moden, aksesori kereta lama dan baru, buku2 agama dan kaset, cermin mata, jamtangan, kasut lelaki dan wanita, pelbagai beg berjenama, pakaian ala tentera dan polis, produk kesihatan, tuala, bantal dan tilam, pasu bunga dan hiasan rumah...pendek kata pelbagai jenis barangan boleh didapati disini dgn harga yang berpatutan dan murah. Yang pasti anda boleh tawar menawar apabila ingin membeli barangan yang sudah berkenan dihati.

Di Uptown Shah Alam juga terdapat lebihkurang 20 gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan yang enak dan menyelerakan disamping harga yang memuaskan.Pelbagai jenis
makanan seperti tomyam, masakan melayu , nasi lemak, nasi ayam kukus, roti canai, western
food sehinggalah kepada cempedak goreng, keropok lekor, mee bandung special, kepak ayam bakar, ,satay, asam pedas melaka, sup gearbox dan bermacam lagi. Anda boleh datang menikmati makanan bersama keluarga atau pasangan dalam suasana santai dan selesa.

Dibahagian pintu masuk hadapan anda juga boleh berkaroeke dengan membayar RM2 bagi setiap lagu pilihan anda. Sistem audio yang terbaru dan pentas yang luas menjamin suasana yang selesa apabila anda berada diatas pentas. Manakala setiap malam minggu jika anda bernasib baik boleh menonton persembahan artis dan duta uptownan sebagai penyeri persembahan.
Dihadapan pintu masuk juga terdapat gerai-gerai promosi seperti Celcom, Maxis, Etiqa Insuran,
Jualan kereta proton dan pelbagai promosi lagi. Jika anda terasa letih dan penat berjalan boleh pergi dapatkan rawatan urut kaki oleh OKU dengan harga yang berpatutan digerai promosi berhampiran.